28 August 2018

"DOAKAN 'KELEPET' DUIT SAYA DIBERI HIDAYAH" - WAN MAIMUNAH


Pelakon veteran Wan Maimunah mendakwa bayaran lakonannya dalam sebuah drama dilarikan pengurus produksi dan perkara itu membuatnya terkilan apabila wang yang diperolehi hasil titik peluhnya dilarikan oleh individu sudah lama dikenali.





"Saya doakan individu yang 'kelepet' duit lakonan saya diberi hidayah dan tidak melakukan perbuatan keji ini pada pelakon lain," katanya.

"Ibu tidak akan sebut dan akan bawa namanya sehingga ke hujung hayat. Bagi ibu, siapa makan cili dia yang akan terasa pedasnya.

"Ingatlah duit bukan hasil kepunyaan sendiri kemudian diberikan kepada ahli keluarga akan menjadi darah daging yang tidak halal.

Klik untuk gambar besar


"Jadi janganlah menganiaya orang," tuturnya yang mesra dengan panggilan ibu selepas program 'Super Spontan Extravaganza', baru-baru ini.

Pada acara itu, Wan Maimunah menerima sumbangan sebanyak RM5,000 daripada pihak produksi selepas kumpulan 'Lobster Leleh' memenangi pertandingan minggu keenam itu.

Menurut Wan Maimunah, duit sumbangan itu akan digunakan dengan sebaik mungkin selepas beberapa bulan tidak menjalani penggambaran.



"Ibu akan gunakan duit sumbangan ini dengan sebaik-baiknya. Lagipun ibu sudah lama tidak berlakon selepas jatuh sakit.

"Pun begitu, ibu sedih apabila ada pihak memberitahu ibu sudah tidak mahu berlakon sedangkan ibu tidak pernah kata ibu berehat daripada dunia lakonan.

"Ibu harap janganlah ada berniat jahat kerana kerjaya lakonan adalah mata pencarian ibu untuk meneruskan kehidupan," katanya yang sedia kembali berlakon selepas dimasukkan ke Hospital Alor Gajah, Melaka akibat sesak nafas dan jangkitan kuman pada paru-paru 11 Ogos lalu.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: