28 August 2018

BIG STAGE: 'TERSELAMAT' KERANA TIKTOK - INI KOMEN TAJUL


"Ada juga yang saya baca menerusi media sosial, kata saya ni selamat pun sebab TikTok. Sebenarnya bukan senang untuk kekalkan pengundi untuk terus mengundi secara online. Agak susah juga untuk maintain.





"Kita pun kerja keras untuk minta peminat undi. Macam contoh, dalam 10 yang kita minta, mungkin hanya satu yang undi. Jadi untuk kekalkan itu, memang susah.

"Saya perlu keep on posting dan minta mereka untuk mereka untuk terus memberikan sokongan," kata penyanyi muda, Tajul yang mengakui bukan suatu yang mudah untuk mengumpul peminat bersatu mengundinya menerusi undian TikTok, sebagai pelengkap kepada keputusan keseluruhan menerusi program realiti muzik, Big Stage.

Kata Tajul, meski ada yang mempertikaikan dirinya yang sering 'terselamat' dek undian online yang tinggi hasil dari aplikasi berkenaan, penyanyi yang popular menerusi lagu 'Sedalam-dalam Rindu' ini menjelaskan, sokongan peminat juga memberi harapan buatnya untuk terus bersaing.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, Tajul juga mengakui persembahan yang baik sehingga memikat hati juri profesional juga adalah penting di dalam mempengaruhi prestasi secara keseluruhan.

"Tapi saya faham, kita perlu seimbang, tidak boleh fokus untuk kepuasan peminat sahaja. Ini merupakan pertandingan dan pastinya setiap minggu saya mahu buat yang terbaik untuk pikat hati juri juga.

"Cuma mungkin dalam saingan keempat, lagu 'Amboi' macam susah sikit, tapi saya cuba beranikan diri. Apa pun, saya kagum dan hormati dengan para rapper di negara kita sebab memang tak mudah untuk buat rap.



"Perlu energi dan pernafasan kena juga jaga. Saya buat sikit pun sudah semput. Itu belum hafal liriknya lagi," jelasnya.

Dalam pada itu, Tajul memberitahu sikap pemalu dan gemuruh dalam dirinya menjadi punca persembahannya di pentas Big Stage kelihatan hambar dan tidak bertenaga.

Pemilik nama sebenar Tajul Ariff Noor Md Shari, 20, ini berkata, walaupun sudah masuk minggu keempat namun sukar baginya untuk membuang sikap itu setiap kali melihat penonton bersorak dan wajah juri di hadapan pentas.






www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: