11 August 2018

IMEJ JANNA NICK DALAM DRAMA - ZANA ATAU HUMAIRAH?


Imej 'boyish' sekali lagi.... demikian halnya dengan pelakon Janna Nick yang memotong rambut pendek demi menjayakan wataknya dalam drama berjudul 'Leftenan Zana' terbitan JS Pictures.





Tindakan pelakon berusia 23 tahun ini memotong rambut sedemikian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya.

Ramai menyamakan imej terbaharu pelakon drama 'Semerah Cinta Humairah' itu seperti penyanyi Indonesia, Agnez Monica.

Malah ramai merasakan Janna sesuai dengan imej 'boyish' yang membuatkan imejnya tampak lebih berkarisma dan berkeyakinan.

Klik untuk gambar besar


"Alamak kenapa 'handsome' sangat ni Janna Nick? Tetapi bila tengok balik macam Agnes Monica!," tulis netizen di Instagram.

Ini bukan kali pertama Janna memotong rambutnya seperti lelaki kerana sebelum ini dia pernah buat perkara sama untuk menjayakan wataknya sebagai Dani dalam drama bersiri 'My Coffee Prince'.

Bagaimanapun seperti kebiasaan, imej itu turut mendapat kritikan daripada segelintir netizen yang merasakan Janna lebih ayu dengan rambut panjang.



Ada di antara mereka turut mempersoalkan tindakannya berambut pendek kerana imej itu membuatkan dia nampak seperti lelaki. Ramai berharap Janna tidak lagi tampil dengan imej tersebut selepas ini.

"Cantik tapi lagi cantik Kalau panjang atau mengenakan tudung sebab orangnya memang cantik sekali.

"Rambut tak cantik tetapi orangnya tetap lawa! Aduh... Kan molek kalau rambut tu panjang, tak faham la," antara komen netizen.

Janna menerusi InstaStory turut berkongsi video hari ini dia sudah memasuki set penggambaran drama 'Leftenan Zana' arahan Jinggo itu.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: