29 August 2018

'KENA BAHAN' LAGI - ALMY NADIA KECEWA & TERKILAN


"Kejadian berlaku ketika saya bertembung dengan peminat ketika terbabit dalam acara di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.





"Saya berasa marah kerana peminat terbabit menghina bentuk badan saya secara terbuka mendakwa saya nampak gemuk dan hodoh sekarang," kata pelakon Datin Almy Nadia yang kecewa dan terkilan kerana masih ada peminat melemparkan kata-kata negatif terhadap fizikalnya yang berisi kerana mengandung anak ketiga.

Menurut pemilik nama penuh Almy Nadia Aminuddin Shah, pertambahan berat badannya ketara kerana usia kandungan kini mencecah enam bulan.

Almy berkata sebagai mengulas status dimuatnaik di Instagram berhubung dakwaan dirinya melenting apabila badannya berisi dikritik peminat.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun kata Almy, dia berharap peminat seharusnya menegur golongan artis secara lebih berhemah bila bertemu di luar.

"Sebagai artis, saya sendiri tidak berani menegur orang sesuka hati tanpa memikirkan perasaan dan situasi mereka.

"Bagi saya, artis orang biasa dan kami juga memiliki perasaan malu dan sensitif sama seperti orang lain," tuturnya.



Mengenai kandungan pula, kata Almy, dia dijangka melahirkan bayi perempuan pada Disember nanti.

"Saya juga mengalami alahan yang teruk pada kandungan ketiga ini. Bila dikritik bentuk badan, saya berasa tidak mahu makan tetapi suami minta saya memikirkan kesihatan kandungan berbanding kritikan orang," jelasnya.

Untuk maklumna, Almy dan pelakon Datuk Fizz Fairuz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Nur Afrina Arianna, 3, dan Nur Afirna Aurora, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisya, 9.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & Almy Nadia Instagram


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: