29 August 2018

ENGGAN GANGGU 'CINTA' UQASHA - HEFNY ELAK BERHUBUNG


Sejak hubungan itu berakhir lapan bulan lalu, pelakon Hefny Sahad memberitahu dia tidak berkomunikasi dengan bekas kekasihnya aktres Uqasha Senrose.





Hefny berkata, perkara itu adalah jalan terbaik untuk tidak menganggu hubungan terbaharu wanita itu dengan kekasih Ben Amir.

"Hubungan saya dengan ahli keluarga dan adik-adik dia (Uqasha) masih baik dan kami sering bertanya khabar cuma dengan dia sahaja saya elakkan.

"Setakat ini kami tidak pernah berhubung langsung dan itu yang terbaik kerana saya pun tak mahu menganggu hubungan baharu dia," ujarnya.

Tambah Hefny, dia sudah lama meneruskan kehidupan dan turut mendoakan kebaikan hubungan Uqasha dengan Ben Amir yang kini melakar cinta.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, Hefny berkata, dia masih boleh bertindak profesional jika digandingkan berlakon bersama wanita itu.

"Saya sudah lama move on dan lepas saya menunaikan umrah Februari lalu, jiwa saya lebih tenang. Saya doakan hubungan dia dengan teman baharu berjalan lancar," katanya.

Hefny menjalinkan hubungan cinta dengan Uqasha pada awal tahun ini dan dilaporkan putus sekitar April lalu.

Sebelum itu Uqasha pernah terpalit gosip bersama aktor Nabil Ahmad, putus tunang dengan Pekin Ibrahim kemudian berkawan dengan Syafiq Kyle, Hefny Sahad dan terbaharu Ben Amir.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: