29 August 2018

"MAHU BOTAK & HENTAK KE DINDING" - PUTERI SARAH LIYANA


"Selalu wanita hamil mengalami alahan muntah-muntah, tapi saya tak ada simptom itu cuma mengalami sakit kepala yang agak teruk.





"Sampaikan saya rasa nak botakkan rambut dan hentak kepala ke dinding kerana tak tahan sakit tersebut. Sakit kepala dan pening dari pagi sampai ke malam.

"Terpaksa tahan sakit sebab tak mahu bergantung pada ubat tahan sakit sahaja," kata pelakon Puteri Sarah memberitahu dia kerap mengalami sakit kepala yang teruk.

Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 33, berkata, gejala itu sedikit sebanyak menganggu urusan hariannya sebagai isteri dan ibu.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof ini berkata dia kini lebih berselera menikmati hidangan yang baru dimasak.

"Setakat ini tak ada mengidam yang pelik-pelik lagi, cuma saya tak boleh nak makan lauk yang dimasak hari semalamnya.

"Saya lebih berselera makan hidangan yang segar dan masih panas. Setiap hari terasa nak menu berlainan, sebelum ni tak ada masalah pun makan makanan yang sama," ujarnya yang kini sedang mengandung tiga bulan anak kedua.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata Syaikhul Islam yang kini berusia 1 tahun 4 bulan.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: