29 August 2018

'DOSA SAYA DENGAN TUHAN' - PU SYED TEGUR FASHA & SEMUA


Sebelum ini, pelakon Fasha Sandha berdepan pelbagai komen netizen apabila memuatnaik dua potong video sedutan saat penggambaran dilakukan, pertengahan Ogos lalu.





Selepas tular mengenai isu pakaian yang dikenakan pelakon 'Teratai Kemboja' itu ketika menjayakan sesi penggambaran, ramai yang memberi reaksi pelbagai.

Ramai yang mempersoalkan tindakan pelakon itu mengenakan pakaian sedemikian. Bagaimanapun, ruangan komen entri itu telah ditutup.

Fasha bagaimanapun tampil mempertahankan dirinya dengan mengatakan dia cuma pakai pakaian tersebut hanya pada waktu bekerja dan urusan itu antaranya dan Tuhan.

Klik untuk gambar besar


Kata-kata Fasha itu mendapat perhatian semua orang termasuklah juara Pencetus Ummah musim ketiga, Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih sinonim dengan sapaan PU Syed.

Melihat pada entri yang dimuatnaik, beliau menegur tindakan pelakon hebat berkenaan dalam menjawab mengenai isu tersebut.

"Sekarang semua pakai hujah dosa dgn Tuhan.. sedangkan perkara yg dilakukan terkadang dikhalayak.. bukan sendirian..



"Bila berbicara ttg dosa jgn anggap ianya kecil.. dan jangka bersangka ada masa utk memohon taubat.. Kerja halal banyak.. kenapa kerja yang terpaksa melanggar syariat Allah kalian pilih..

"Hujah dosa saya dgn Tuhan bagi seorang artis tidak tepat.. kerana kalian adalah public figure.. dan setiap apa yg kalian buat akan memberi kesan pd peminat² kalian..

"Alangkah malangnya lagi jika perbuatan yg tidak baik diikuti oleh mereka.. Rujuklah hadis baginda S.A.W.. tentang cara perbuatan yg baik dan buruk bila dilakukan dan diikuti oleh org lain.. Ingatan terbuka buat Fasha Sandha dan sesiapa yg seumpamanya.. ws," tulisnya.

Sehingga kini entri berkenaa sudah pun mendapat lebih 4,000 tanda suka dengan pelbagai komen diberikan netizen.




www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Instagram PU Syed


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: