21 August 2018

"KUMAN DAH MEREBAK KE OTAK ANAK" - CHOT XOXO MOHON DOA


Bekas peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017, Hazmeer atau dikenali Chot yang juga anggota kumpulan XOXO, memberitahu anaknya, Muhammad Sher Harraz Azmeer terpaksa menjalani pembedahan hidung kerana terdapat tisu menghalang saluran pernafasannya.





Selepas menjalani pembedahan empat hari lalu, Chot berkata, anaknya kini dijangkiti kuman dalam tubuh badannya sehingga doktor perlu mengambil air tulang belakang untuk melakukan kajian.

"Selepas pembedahan hidung empat hari lalu, anak saya dijangkiti kuman. Doktor perlu ambil air tulang belakang untuk mengkaji jenis kuman yang merebak dalam tubuh badannya.

"Tisu ini sangat aktif kerana tumbuh semula selepas pembedahan. Manakala kuman pula sudah merebak ke dalam otak anak saya.

Klik untuk gambar besar


"Kami masih tunggu keputusan doktor samada nak ambil air tulang sum sum atau tulang belakang," katanya yang memohon orang ramai untuk terus mendoakan supaya anak lelakinya itu semakin kuat.

Sejak berita mengenai ujian yang dilaluinya tular, Chot yang pernah menyertai Maharaja Lawak Mega 2017 bersama kumpulan XOXO, menerima sokongan ramai rakan-rakan selebriti lain.

Mereka turut membantu menghulurkan sumbangan untuk menampung kos rawatan sekitar RM18,000 di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.



Muhammad Sher Harraz kini berusia lebih sebulan mempunyai masalah injap jantung terbalik menyebabkan kekurangan darah memasuki paru-parunya sejak dilahirkan pada 16 Jun lalu. Dia kini dirawat di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) di Hospital Melaka.

"Saya dan isteri sudah dua kali ke IJN bagi menjalani pemeriksaan dan pada fasa pertama doktor beritahu akan membuat pembedahan bagi menambah saluran darah ke paru-paru.

"Untuk pembedahan di IJN, kami perlu tunggu sehingga berat badannya mencecah tiga kilogram. Sekarang beratnya baru 2.7 kilogram," tuturnya.

Chot yang kini bekerja sambilan sebagai penyampai radio Melaka FM turut berkata, dia juga bercadang untuk membuat rayuan pengurangan kos apabila sudah mendapat tarikh pembedahan nanti.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: