Menerusi laman Instagram, pelakon Mawar Rashid telah berkongsi berita gembira dimana dirinya itu kini sedang hamil dua bulan hasil perkahwinannya dengan pelakon Raf Yaakob.

"Keluarga #MawaRaf akan bertambah tahun depan, Insyaa'Allah. Semoga dipermudahkan. Kita doa yang baik-baik ya? Amin Allah Humma Amin Ya Mujiba Sahilin. #BabyRadenR," tulisnya.
Mawar turut mengesahkan berita gembira selepas melakukan pemeriksaan kehamilan itu di dalam program MeleTop.
Klik untuk gambar besar

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segalanya akan dipermudahkan buat pasangan ini.
Mawar dan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaacob, berkahwin pada 9 November 2017 di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.
Hasil perkahwinan sebelum ini Raf telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.





www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________

No comments:
Post a Comment