01 August 2018

"DOALAH YANG BAIK-BAIK" - UQASHA AKUI RAPAT DENGAN BEN AMIR


"Saya akui, buat masa sekarang saya sedang cuba mengenali dan berkawan dengan Ben. Kami berdua rapat dan sedang kenal hati budi masing-masing.





"Seperti manusia yang lain, saya cuma berkenalan dan berkawan dengan dia. Sudah hampir sembilan bulan saya berdiam sahaja.

"Saya terfikir, apa salahnya jika saya berkawan dengan seseorang. Saya tak jangka ia terjadi, tiada 'plan' langsung untuk bertemu dengan Ben semula dan rapat dengannya.

"Saya selesa berkawan dengan Ben," demikian kata pelakon Uqasha Senrose yang enafikan mereka sedang menyulam cinta tetapi menjelaskan keadaan sebenar tentang hubungannya dengan aktor Ben Amir.

Spekulasi kemesraan antara Uqasha Senrose dan aktor Ben Amir yang sering dipaparkan di laman sosial terjawab apabila aktres itu mengaku mereka sedang mengenali hati budi masing-masing.

Klik untuk gambar besar


Mengulas lanjut perkara itu, Uqasha atau nama penuhnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 26, memohon diberi ruang untuk menjalani kehidupan sama seperti orang lain dalam soal mencintai dan dicintai.

Sebelum ini, peminat mula berspekulasi dan mendakwa Uqasha dan Ben sedang menjalin hubungan cinta selepas mereka sering memuatnaik foto bersama. Tambah Uqasha, dia sudah lama mengenali Ben dan pernah berlakon bersama dalam satu naskah.

"Saya dah lama berkenalan dengan Ben. Saya pernah berlakon bersama Ben pada tahun 2013. Kami mula berkenalan ketika itu, tetapi tidak rapat.

"Baru-baru ini, adik saya, Nelydia Senrose berlakon bersama Ben dalam drama bersiri 'Cinta Tiada Ganti'. Saya ke set penggambaran Nelydia untuk menjemputnya kerana Nelydia tidak membawa kenderaan pada ketika itu.

"Semenjak kejadian terbabit, saya bertemu semula dengan Ben dan kami mula berkawan rapat," katanya ketika ditemui media di majlis tayangan perdana filem 'Hantu Kak Limah'.



Mula mengenali pelakon drama bersiri 'Playboy Itu Suami Aku' itu kira-kira lima tahun lalu, tanpa berselindung aktres jelita itu memberitahu, dia sangat selesa berkawan dengan Ben.

"Jujur saya akui sangat selesa berkawan dengan Ben. Ini kerana apabila bersamanya, saya boleh jadi sendiri.

"Tak perlu nak berhias berlebih-lebih kalau keluar dengannya berbanding sebelum ini. Biasalah, kalau kita sukakan seseorang itu kita akan sentiasa cuba bergaya untuk buat dia tertarik.

"Namun, apabila dengan Ben, penampilan saya sangat ringkas dan dia tidak merungut pun," dedah pelakon 'Hero Seorang Cinderella' ini.

Diusik dengan pertanyaan apakah dia akan menerima jika jejaka berusia 28 tahun itu menjadi teman lelakinya, suatu hari nanti, sambil tersenyum, Uqasha menjawab: "Doalah yang baik-baik".


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: