06 September 2018

ADIK DIDAKWA TAK BAYAR 'HUTANG' - ELFIRA 'DISERANG' GADIS


Semua sedia maklum mengenai pelakon Elfira Loy baru saja melangsungkan pertunangan dengan pengurus besar sebuah syarikat telekomunikasi, Faris K. Anuar.





Namun baru-baru ini, sekeping foto paparan skrin yang mendakwa adik kepada pelakon Elfira Loy iaitu Ezzrin Loy tidak membayar hutang telah tular di laman Twitter.

Netizen yang bernama Fariza Ismail (@farizaismailofficial) mendedahkan perkara terbabit di ruangan komen akaun Instagram milik Elfira.

Bulan lalu, viral di media sosial mengenai sekeping foto notis muflis yang tertera nama Elfira Loy, menimbulkan persoalan dari netizen adakah benar pelakon itu didakwa sudah bankrap.

Klik untuk gambar besar


Kemudian timbul satu cerita apabila seorang netizen mendakwa pelakon itu mencari kekasih yang boleh membayar hutangnya.

Dek kerana itu, gadis terbabit tampil berkata bahawa kini Elfira sudah boleh menyelesaikan segala hutang, termasuk yang dibuat oleh adiknya.

Dalam masa sama, gadis itu meminta Elfira mengingatkan adik lelakinya untuk membayar hutang yang telah dibuat bertahun lamanya, menurut gadis itu.

Gadis itu mendakwa adik lelaki Elfira boleh mengubahsuai kereta namun mengabaikan untuk membayar hutang. Dia telah meninggalkan komen di akaun Instagram pemuda itu, namun ia sering dipadamkan.



Dia juga mendakwa 'resit total bayaran' telah dihantar berulang kali. Bagaimanapun, masih belum ada sebarang maklumbalas dari Elfira mahupun adiknya berkenaan hutang yang dimaksudkan.

Komen-komen ini telah disalin ke Twitter dan menjadi viral. Sehingga kini ia sudah diretweet lebih 3,000 kali.

Mungkinkah terdapat salah faham dalam hal ini? Apa pun hal hutang memang sepatutnya diutamakan untuk dilangsaikan, terutamanya apabila kita boleh menggunakan wang kita untuk perkara-perkara berbentuk kehendak.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada maklumbalas atau kenyataan lanjut dari Elfira mahupun adiknya mengenai hutang yang dimaksudkan oleh netizen itu. Kita nantikan saja.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, Rotikaya & Beauifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: