06 September 2018

MATA LEBAM - FATHIA NAFI AMBIL' BARANG' TAPI GENETIK


"Saya ni ada campuran Arab, jadi memang akan ada kesan lebam bawah mata macam ni. Saya boleh saja buat sesuatu dengan eye bag ni, buat pembedahan atau cucuk sana-sini, tapi saya tak mahu.





"Ini memang semula jadi, tuhan cipta saya begini. I don't do drug, man!," tegas pelakon Fathia Latiff yang memberitahu lebam di bahagian bawah mata itu adalah kesan genetik dan bukanlah akibat pengambilan barang terlarang.

Memiliki kantung mata (eye bag) yang lebam dan sembab menyebabkan Fathia sering menerima pertanyaan netizen mengenai punca matanya jadi begitu.

Fathia yang sering terpalit kontroversi itu menjawab soalan seorang pengikut ketika bersiaran langsung di laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, pelakon drama 'Ariana Rose' ini berkata dia lebih selesa untuk tidak mengenakan sebarang solekan bagi menutup cela tersebut.

"Sampai bila nak cover muka dan badan tu. Saya ni lebih suka biarkan sahaja muka tanpa mekap, lebih-lebih lagi ketika berada di luar rumah.

"Kalau ada shooting atau menghadiri majlis, perlulah bermekap. Kalau hari-hari biasa, saya lebih selesa tanpa sebarang solekan.



"Sebut fasal eye bag, bukan saya seorang sahaja yang ada, ramai lagi orang lain yang mengalami benda yang sama," katanya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun ini berasa hairan mengapa netizen gemar bercakap mengenai dirinya meskipun dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Dia turut berharap peminat tidak menganggap dirinya sama seperti dalam karakter lakonan yang ditonton di televisyen.

"Saya tak paham kenapa orang masih bercakap buruk tentang saya. Mereka tengok saya berlakon watak baik dan fikir saya sama seperti mereka tonton. Itu hanyalah karakter lakonan dan bukan diri saya yang sebenar," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: