06 September 2018

"HAPPY BIRTHDAY CHOR! TERIMA KASIH..." - UCAPAN ERRA BUAT SHAHIR


Menerusi laman Instagramnya awal pagi tadi, penyanyi dan pelakon Erra Fazira ada menitipkan dedikasi istimewanya buat penyanyi Shahir Zawawi, bersempena dengan ulangtahun kelahirannya yang ke-29 semalam (5 Septembr 2018).





Ibu kepada Engku Aleesya yang mengucapkan ucapan sama buat rakan lain itu telah memuatnaik beberapa keping foto mereka bersama.

"Happy birthday chor!!! Moga panjang usia.. dan dberi kesihatan yg baik. dengan penambahan usia moga bertambah lah kematangan mu.. ku doakan dikau kurus size S dan sado mcm yg di impikan!! Go Go Go chor!! U can do it!! 💪😄.

Klik untuk gambar besar


"Terima kasih krn menjadi teman yg prihatin dan baik buat ku serta seluruh teman2.. Berjaya dan bahagia zahir, batin, dunia dan akhirat hendaknya.. amiiin!. 🌹❤️," tulis Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 44.

Sebelum ini, penyanyi lagu 'Kebahagiaan Dalam Perpisahan' itu memberitahu dia belum mempunyai tarikh tertentu sebaliknya mengharapkan semua agar mendoakan yang baik-baik terhadap hubungan mereka.

Dalam masa sama, Shahir turut berjanji untuk memaklumkan perkahwinan mereka kepada umum, andai sudah pasti kelak.

Walaupun sebelum ini Erra dan Shahir mengakui hubungan mereka hanya sebagai kawan, tetapi ucapan Erra di laman sosial itu menunjukkan mereka seolah-olah sedang bercinta.








www.myartis.com / Sumber: Instagram Erra Fazira IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: