11 September 2018

ANAK MUATNAIK 'BERTIGA' - ADAKAH BEKAS SUAMI AMELINA?


Penyanyi dangdut terkenal, Amelina dikenali sebagai seorang yang bijak menyimpan rahsia apabila kisah peribadi mengenai dirinya sentiasa menjadi tanda tanya termasuk mengenai perkahwinannya dengan bekas suami, Reduan Mahmood yang menjadi kontroversi hampir 20 tahun lalu.





Malah sejak kembali aktif dalam bidang nyanyian sekitar empat tahun lalu, tidak banyak dikongsikan Amelina mengenai kehilangannya namun mengakui statusnya sebagai isteri menyebabkan dia meninggalkan kariernya.

Amelina atau Norazlina Amir Sharipuddin, 44, juga memberitahu dia sudah bercerai dengan bekas suami dan mengambil keputusan untuk kembali aktif sebagai penyanyi.

Terbaharu, anak sulung Amelina itu, Puteri Nur' Athirah memuat naik foto di InstaStory pada Ahad lalu menimbulkan tanda tanya mengenai status terkini penyanyi itu.

Menerusi dua paparan skrin kiriman e-mel kepada mStar, Athirah mengucapkan terima kasih kepada individu yang dipanggil sebagai 'D' dipercayai singkatan untuk Daddy kerana meluangkan masa bersama mereka sekeluarga.

Klik untuk gambar besar


Malah Athirah turut memuatnaik gambarnya bersama Amelina dan seorang lelaki berbaju hitam namun hanya bahagian bahu dan tangan lelaki itu yang kelihatan dalam foto berkenaan.

"Thanks D belanja kita orang makan dan menghabiskan masa dengan kita semua semalam. #d&m #spendtime #lotoflove #luvuD&M," tulisnya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada 'D' itu merujuk kepada bapa kandungnya atau individu lain.

Sebelum ini, Amelina dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan pada Disember depan namun penyanyi lagu Rindu itu menyangkal dakwaan tersebut.



Sementara itu, menerusi satu lagi perkongsian di InstaStory, Athirah memuatnaik gambar bahagian kaki miliknya berserta dua lagi individu dipercayai ibu dan bapanya apabila melabelkan 'M' (Mummy) dan 'D' (Daddy) bagi menunjukkan mereka tampil sedondon iaitu berkasut putih.

Remaja itu turut meletakkan tanda pagar #luvuboth pada foto itu dan menyebut Instagram ibunya, @amelinaamirsharipuddin.

Usaha mStar untuk mendapatkan komen Amelina mengenai perkara itu tidak berhasil apabila pengurus yang juga adiknya, Angah tidak menjawab panggilan dan mesej dihantar.

Amelina dan Reduan berkahwin pada 20 Mei 1999 dan sejak mendirikan rumah tangga, penyanyi lagu Rindu itu menghilangkan diri daripada dunia hiburan. Kemudian, pasangan itu dilaporkan bercerai pada 2014.

Hasil perkahwinan dengan usahawan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Puteri Nur’ Athirah, 17, Putera Al’ Affiq, 16, Putera Al’ Asyraff, 15, Puteri Nur’ Asyurah, 13, Putera Al’ Arffa, 11 dan Putera Al’ Amzar, 8 tahun.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: