13 September 2018

GEGAR VAGANZA - ROHANA JALIL TOLAK SERTAI


"Saya merasakan umur saya sekarang yang sudah mencecah 'six series' sudah tidak sesuai lagi untuk menyertai pertandingan sebegini tambahan pula saya sudah bergelar seorang Hajjah.





"Kadang-kadang, apabila saya terlalu kerap pergi menonton pun ada pihak yang mengecam," kata penyanyi Rohana Jalil, 60, yang menjelaskan dia tidak mahu menyertai pertandingan Gegar Vaganza kerana faktor usia.

Menerusi laporan HLive!, Rohana lebih selesa untuk hadir ke konsert mingguan pertandingan tersebut bagi memberi sokongan kepada rakan artis yang menyertainya.

Selain itu, penyanyi yang popular menerusi lagu 'Rayuanku' ini mengesahkan dia pernah menerima tawaran untuk menghadiri ujibakat program nyanyian tersebut pada tahun 2016 namun membuat keputusan untuk tidak menyertainya.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: