10 September 2018
HORMATI AWAL MUHARAM - FULL MV 'BOBO DIMANA' DITUNDA
"Byk yee dislikes lirik vedio ni?? 😠Mcm manalah full vedio muzik vedio #bobodimana nak relis dah esok tpi terpaksa hold sbb awal muharam.. @lucintaluna @nursajat02.
"Lagu mcm mana yg korang rasa nak saya yanyi cerita.. smua lagu korang dislike.. sedih saya..," tulis usahawan dan juga penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri di laman Instagramnya.
Muzik video (MV) dalam versi penuh single 'Bobo DiMana' nyanyian Aliff Syukri, Nur Sajat dan Lucinta Luna terpaksa ditunda kepada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak bagi menghormati hari permulaan Islam iaitu Awal Muharam.
Seperti biasa, netizen telah memberi pandangan yang pelbagai dalam ruangan komen.
Untuk rekod, lirik video 'Bobo Dimana' telah mendapat 3 juta tontonan di Youtube dalam masa empat hari sahaja.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber: Instagram Aliff Syukri
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment