13 September 2018

ILA DAMIAA (MENTOR 4) SELAMAT LAHIRKAN 'ABG ZAYNE MATEEN'


Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi yang juga bakat kelahiran program realiti, Mentor musim keempat, Ila Damiaa apabila selamat melahirkan anak sulungnya merupakan lelaki di sebuah pusat perubatan di Kuching, Sarawak, jam 8.29 pagi tadi.





Bekas protege kepada Joe Flizzow itu berkongsi khabar gembira itu menerusi entri terbaru di akaun Instagram miliknya sekitar 4 jam lalu.

Menerusi entri tersebut, Ila juga turut memberitahu nama penuh anak sulungnya iaitu 'Abg Zayne Mateen Bin Abg Mohd Sahril'.

"This littlest feet make the biggest footprints in our hearts. Alhamdulillah. Thank you for those yg mendoakan. Here’s my little boy, Abg Zayne Mateen Bin Abg Mohd Sahril," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Ila merupakan bekas protege kepada Joe Flizzow itu memaklumkan bayi seberat 3.89 kilogram ini dilahirkan secara pembedahan selain turut berkongsi pengalamannya.

"Pengalaman melahirkannya sangat manis dan tak akan saya lupakan. Mungkin kedengaran klise, namun saya menitiskan air mata sebaik sahaja mendengar tangisannya.

"Ketika itu, saya masih belum berpeluang menatap wajahnya. Hanya Allah yang tahu perasaan apabila sudah menjadi ibu. Gembiranya saya tidak mampu diungkapkan dengan perkataan.



"Saya bersyukur diberikan Allah peluang melalui pengalaman yang paling indah ini," kongsinya kepada BH Online.

Menurut Ila, dia masih berasa seperti bermimpi dan tidak percaya apabila melihat kehadiran anak sulungnya itu di depan mata.

"Terasa bahagia sangat apabila saya kini dapat menatap wajah dan mendengar tangisannya. Alhamdulillah, pengalaman ini terlalu manis untuk dikenang, selepas lebih dua tahun saya dan suami menanti kehadirannya.

"Paling manis dan boleh dikatakan agak istimewa, doktor sempat memutarkan lagu nyanyian saya, Cuma Kamu ketika saya dibawa masuk dewan pembedahan tadi," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Abg Mohd Sahril Abg Spian pada 6 Mac 2016.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Instagram Ila Damiaa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: