02 September 2018

'PERTUNANGAN' ELFIRA: "SEMOGA SAMPAI SYURGA" - SUFIAN


"Saya tidak tahu, terima kasih tentang info itu. Saya ucapkan tahniah. Semoga bahagia sampai syurga," demikian kata penyanyi Sufian Suhaimi yang tidak mengetahui mengenai pertunangan bekas tunangnya iaitu Elfira Loy yang didakwa berlangsung pada kira-kira 9 pagi tadi (Ahad).





Penyanyi lagu 'Di Matamu' itu berkata demikian bagi mengulas tentang laporan sebuah portal hiburan bahawa pelakon berkenaan selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang lelaki bernama Faris Khairol Anuar yang merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk.

Menurut laporan itu, majlis merisik dan bertunang yang dihadiri oleh beberapa artis juga rakan baik Elfira itu diadakan secara kecil-kecilan dan tertutup di kediamannya, Alam Damai, Kuala Lumpur.

Menurut sumber yang terdekat dengannya, difahamkan juga Elfira baru beberapa bulan sahaja mengenali jejaka tersebut yang berusia 27 tahun.

Hubungan Elfira, 24, dengan lelaki berkenaan mula dihidu beberapa bulan lalu apabila dia memuatnaik foto bersama.

Klik untuk gambar besar


"Mereka dah selamat merisik dan bertunang sebentar tadi. Hanya keluarga dan rakan terdekat sahaja dijemput. Majlis ini dirahsiakan daripada umum.

"Tidak silap saya perkenalan mereka bermula pada Ramadan lalu, tak sangka mereka mengambil masa yang cepat untuk bertunang.

"Faris kini bekerja di syarikat bapanya yang merupakan seorang usahawan bergelar Datuk," katanya.

Sebelum ini, Elfira pernah bertunang dengan Sufian pada 6 Oktober tahun lalu dalam sebuah majlis pertunangan besar-besaran, namun jodoh mereka tidak kesampaian apabila putus pada 18 Februari lalu.








www.myartis.com / Sumber: mStar & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: