27 September 2018

SELEPAS DIKECAM - ALIFF SYURKI BERALIH KE NASYID


Usahawan kosmetik dan juga penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini telah melancarkan lagu nasyid penuh dengan unsur keharmonian yang dinyanyikan bersama isteri tercinta, Datin Shahida.





Lancaran lagu tersebut adalah selepas menerima pelbagai kecaman dan kritikan kerana lagu kontroversi, 'Bobo Dimana' yang didakwa memberi pengaruh buruk dan berunsur lucah.

Lagu tersebut yang bertajuk 'Agama Kedamaian' adalah hasil sentuhan komposer dan penyanyi nasyid terkenal, Hafiz Hamidun. Katanya ia juga diinspirasikan daripada lagu Deen Assalam.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata netizen memuji betapa merdunya suara Shahida dan sangat tenang rasa hati bila mendengar lagu itu. Pada masa yang sama, ramai yang berharap agar Aliff akan terus mengeluarkan lagi lagu-lagu berunsur keagamaan selepas ini.

Macam ini baru best, tiada aksi menari terlampau tiada juga lirik yang mengundang kontroversi. Rasa damai dan tenang bila dengar.

Harapnya Aliff terus istiqamah dan dapat menghasilkan lagu seperti ini di masa akan datang. Ramai yang akan sokong dan tiada langsung kecaman kan? Apa pula pendapat anda?




ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: