27 September 2018

'DICIUM' KEKASIH - CHACHA MAEMBONG DIKRITIK


Sebelum ini pelakon Chacha Maembong pernah dikaitkan bercinta dengan seorang DJ yang dikenali sebagai Leslie, namun tidak lama selepas itu mereka dikatakan sudah berpisah.





Setelah sekian lama memendam rindu dan berjauhan antara satu sama lain, pasangan ini nampaknya sudah kembali menjalinkan percintaan apabila Leslie menerusi akaun Instagramnya memuatnaik foto romantis mereka.

Leslie telah memberikan ciuman penuh kasih sayang buat cinta hatinya itu. Ramai juga yang memuji betapa manjanya pasangan ini termasuklah mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Namun, masih ada juga pihak yang kurang setuju dengan aksi merpati dua sejoli ini memandangkan mereka tidak mempunyai ikatan yang sah selain mengkritik Chacha tidak menjaga batasnya sebagai seorang gadis Muslim.

Kata orang bila mabuk bercinta ada kalanya semua benda boleh terlupa. Apa-apa pun, kami harap Chacha terus kekal bahagia.

Klik untuk gambar besar









ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: