26 September 2018

SEMAKIN SEKSI & MENGANCAM - UQASHA JADI PERHATIAN LAGI


"Tak rindu nak bertudung ke, dah makin luas tu," demikian kata salah seorang netizen kepada pelakon Uqasha Senrose selepas dia kini dilihat semakin seksi.





Uqasha yang kini sedang menikmati percutian bersama rakan-rakannya di Thailand itu sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila tampil dengan pakaian seksi dan menggiurkan.

Sejak mengambil keputusan untuk membuka hijab pada 2016, nama Uqasha antara selebriti yang sering dikecam dalam apa saja yang dilakukannya.

Menerusi beberapa foto yang dimuatnaik olehnya di laman Instagram, rata-rata netizen memuji betapa jelitanya Uqasha, namun ada yang mengatakan pakaian yang digayakan oleh Uqasha dilihat seksi dan mengancam.

Klik untuk gambar besar


Seperti sudah dijangka, ada segelintir netizen mengecam dengan mengatakan cara pemakaian Uqasha dilihat seperti 'tidak cukup kain'. Ada juga netizen mengatakan Uqasha semakin berani berpakaian seksi sehingga menampakkan bahagian peha.

Bagaimanapun, masih ada lagi netizen yang masih sayangkan Uqasha memberikan nasihat mengenai cara pemakaiannya serta mendoakan agar Uqasha kembali berhijab seperti dahulu.

Apapun, doa yang baik-baik saja untuk Uqasha. Netizen pun janganlah terlalu cepat menghukum seseorang hanya kerana tidak bersetuju gaya pemakaian seseorang selebriti itu.
















www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: