26 September 2018
KERANA PETAI - RAMAI TERTARIK JADIKAN FARAHDHIYA CALON ISTERI
Baru-baru ini, penyanyi Farahdhiya telah berkongsi satu foto dirinya sedang mengupas petai di laman sosial ketika dan ia mendapat perhatian netizen.
Rata-rata netizen kagum dengan cita rasa penyanyi lagu 'Bertakhta Di Hati' itu dan menyifatkan dia sesuai dijadikan calon isteri.
Menurut netizen, Farah juga bukan sahaja cantik, berdarah kacukan, malah pandai memasak pelbagai makanan Melayu.
Selain itu, menerusi kapsyen foto berkenaan, Farah bertanya sama ada dia mempunyai peluang untuk menjadi calon menantu.
Klik untuk gambar besar
"Ada bakat jadi calon menantu mak awak tak? Party petai namanya ni! Thanks for the petai! U know who u are #kopekpetaisendiri," tulisnya.
Foto tersebut menerima lebih 24,000 tanda suka dan hampir 500 komen netizen yang turut mengusik selebriti berkenaan.
Ada netizen menyifatkan penyanyi berusia 34 tahun itu mempunyai pakej yang terbaik untuk menjadi calon isteri.
"Pakej rare di zaman ini, sudahla cantik, pandai masak pulak itu. - "Calon menantu terbaik untung tau siapa yang dapat awak ni sudahla cantik kaki petai lagi. Boleh jadi kawan baik dengan mak mertua macam ni," ujar netizen.
Dalam pada itu, bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-2 (GV2) itu turut memuatnaik video air tangannya iaitu sambal godok petai.
Sebelum ini, penyanyi yang bakal keluar dengan single terbaharu berjudul Bulan dan Bintang ini merancang untuk membuka sebuah restoran di Kuala Lumpur awal tahun depan.
www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Farahdhiya
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment