18 September 2018

"SEMUA BANGSA MELAYU JATUHKAN BANGSANYA SENDIRI" - ISMAIL


Semua mengetahui mengenai penyanyi Ismail Izzani yang kini sedang dihimpit kontroversi sangat hangat apabila tidak mahu membayar hutang bil hotel berjumlah RM398.85 kepada pelakon Zarina Anjoulie.





Dalam masa sama, Ismail turut didakwa telah menggunakan bilik hotel atas Zarina untuk memadu asmara dengan teman wanitanya.

Disebabkan kontroversi itu, pelbagai kritikan dan kecaman dilemparkan kepada Ismail terutama sekali apabila beliau juga dikatakan mabuk di kelab malam.

Pernah mengeluarkan air mata dan megakui emosinya terganggu kerana hal itu, kini Ismail sekali lagi mendapat perhatian netizen apabila memuatnaik kenyataan sensitif menyalahkan Melayu yang suka menjatuhkan bangsa sendiri hanya kerana beliau dilanda kontroversi.

Klik untuk gambar besar


Apa yang dikatakan oleh Ismail itu adalh tidak wajar kerana apa yang berlaku kepadanya kini adalah hasil perbuatannya sendiri. Mengapa pula perlu bangkitkan isu Melayu suka jatuhkan Melayu?

Sebab itu orang kata, kalau hendak masuk dunia hiburan ini hati kena kental. Sejujurnya, isu ini tidak akan berpanjangan kalau kedua-dua pihak boleh duduk dan selesaikan secara baik.

Ada juga netizen yang mengatakan Ismail bayar sahaja hutangnya dan perkara ini boleh selesai, tidak perlu menuding jari kepada orang lain.










www.myartis.com / Sumber: Twitter Alan Al Padat


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: