04 September 2018

SYATILLA HAMIL ANAK KE-2 - HADIAH BIRTHDAY BERMAKNA SAM


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada Shaheizy Sam yang menyifatkan berita kehamilan semula isterinya, Syatillah Melvin selepas keguguran lebih sebulan lalu sebagai hadiah paling bermakna sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-36, hari ini.





Sam atau nama penuhnya Shaheizy Sam Abdul Samad berkata, dia mendapat tahu mengenai kehamilan isterinya selepas Syatilla membuat kejutan dengan menunjukkan alat ujian kehamilan, semalam.

"Kami pun tidak menyangka bakal diberikan rezeki awal untuk menimang anak kedua. Mungkin ada hikmah di sebalik anugerah ini.

"Semalam, pada awal pagi, Syatilla menunjukkan alat ujian kehamilan yang menunjukkan tanda positif. Kemudian, dia keluarkan pula imej imbasan kandungannya. Sudah tentu saya teruja," katanya.

Klik untuk gambar besar


Syatilla atau nama penuhnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 27, menerusi Instagram miliknya pula berkongsi berita gembira itu dengan meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk hamil sekali lagi.

Pelakon itu turut meminta orang ramai mendoakan agar proses kehamilannya yang sudah memasuki dua bulan ini berjalan dengan baik.

Dalam pada itu, Sam menyifatkan kehamilan Syatilla sebagai hikmah kerana situasi sama pernah dialami isterinya sebelum dia mengandungkan anak sulung mereka, Syeriv Samheizy, yang kini berusia setahun empat bulan.



"Sebelum Syatilla mengandungkan Syeriv, situasi sama berlaku apabila dia turut mengalami keguguran. Apapun, saya berharap isteri tidak terlalu aktif dan lebih berhati-hati agar kandungannya selamat," tuturnya.

Sebelum ini, kakak ipar Syatilla iaitu pelakon Zizie Ezette mengumumkan hamil anak ketiga selepas lima bulan melahirkan si kembar.

Untuk makluman, pasangan selebriti terbabit mendirikan rumah tangga mereka pada 9 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki pada 9 Mei 2017.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian, mStar & Syatilla Melvin IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: