07 September 2018

TAYANG BERCIUM - EINA AZMAN JAWAB KECAMAN


Pelakon Datin Eina Azman menerusi laman Instagramnya telah memuatnaik video dimana dirinya dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, 38, sedang bercium.





Bagaimanapun, tindakan Eina yang kini sedang bercuti bersama suami di Santorini sempena menyambut ulangtahun perkahwinan ke-4 itu telah dikecam oleh netizen yang mengatakan video tersebut kurang manis.

"Orang lain pun ada laki, tak payah la cium-cium kat tempat awam. Tak manis orang tengok. Kita kan orang Muslim. Memang tak apa kalau suami isteri bercium. Tapi yang guna IG bukan orang tua sahaja, orang muda budak sekolah pun ada. Nanti mereka ikut tak pasal-pasal," komen beberapa netizen.

Pun begitu, ibu kepada kembar sepasang itu tidak mendiamkan diri malah turut membalas dengan baik: "Macam yang saya kata, this is my IG. Tak suka boleh unfollow. Terima kasih".

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun terdapat peminat serta pengikut IGnya yang menyokong tindakan Eina kerana berpendapat mereka sudah berkahwin dan mempunyai hubungan yang halal.

"Manusia zaman sekarang ni dah kenapa, ramai sangat yang busuk hati, tak boleh tengok orang bahagia. Laki bini dan sweet pun kena kecam. Benda ni pun orang nak kecam. Biarlah mereka laki bini dah halal," komen beberapa peminatnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2014. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang kembar comel, Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berusia 2 tahun.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: