16 September 2018

WAJAH 'SAFIYYAH ASHRAF', ANAK KEEMPAT ASHRAF MUSLIM


Pelakon Ashraf Muslim menerusi laman Instagram telah mendedahkan wajah serta nama keempatnya yang dilahirkan 3 September lalu.





Ashraf memberitahu yang dia dan isteri kedua, Wan Sakinah telah memilih nama 'Safiyyah Ashraf' buat anak perempuan kedua mereka ini.

"Assalammualaikum.. Memperkenalkan seorg lagi puteri ayah, SAFIYYAH ASHRAF BINTI MOHD ASHRAF.

"Alhamdulillah selesai majlis tahnik oleh Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid. Terima kasih kerana sudi mentahnik anak saya.

Klik untuk gambar besar


"Semoga anak kecil saya ini menjadi anak yg solehah dan berakhlak mulia serta dipandang tinggi oleh Allah swt.

"Semoga kehadiran Safiyyah mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yg terjalin selama ini. Ayah, mama, ibu, kakak & abg2 sayangkan Safiyyah.

"Doakan yang indah2 untuk keluarga AM yea. Salam Awal Muharram dari AM sekeluarga," tulis Ashraf yang mempunyai dua orang isteri iaitu Noor Dayana dan Wan Sakinah.






www.myartis.com / Sumber: Instagram Ashraf Muslim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: