20 October 2018

5 TAHUN MENANTI - 'WAFI' (ANAK ANGKAT) PENYERI SHARIF ZERO & ISTERI


"Ya memang Wafi merupakan anak angkat saya tapi saya dah menganggapnya seperti anak saya sendiri kerana kami mula menjaganya sejak dari kecil lagi.





"Pada mulanya saya tiada perancangan untuk mengambil anak angkat tetapi anak ini pun meruakan anak dari saudara sebelah isteri saya dan apa salahnya jika saya menjaganya.

"Selepas lima tahun tanpa cahaya mata, kami bukan sunyi tapi saya rasa seperti ada kekurangan dan Wafi memang benar-benar menyerikan rumah tangga kami.

Klik untuk gambar besar


"Lagipun sebelum ini orang selalu tanya bila nak ada anak dan isteri saya terasa, sekarang Alhamdulilah kami bahagia bersama Wafi," kata anggota kumpulan Zero, Sharif yang mengambil seorang anak angkat sejak awal tahun lalu, selepas lima tahun berkahwin.

Menerusi laporan HLive, Sharif berkata anak angkatnya, Wafi yang berusia sembilan bulan itu telah menyerikan rumah tangganya sejak awal tahun ini.

Selain Sharif, Zero turut dianggotai oleh dua orang adik beradiknya yang lain iaitu Syaiful dan Atu. Zero bakal beraksi dalam Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) bermula 2 November depan.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: