07 October 2018
AFIEQ SHAZWAN SELAMAT DIBEDAH, BUANG KETUMBUHAN
Penyanyi Afieq Syazwan meluahkan rasa syukur apabila selamat menjalani pembedahan kecil membuang ketumbuhan di bahagian belakang punggung sebelah kiri.
Afieq, 21, berkata keadaannya stabil dan perlu berehat beberapa minggu atas nasihat doktor sebelum kembali bekerja seperti biasa.
"Saya menjalani pembedahan itu pada jam 8.30 pagi hari ini dan mengambil masa setengah jam. Saya dibius separuh badan sepanjang pembedahan itu.
"Keadaan saya sudah stabil dan dottor menasihatkan supaya mendapatkan rehat yang cukup selama dua minggu sehingga pulih luka pembedahan.
Klik untuk gambar besar
"Terima kasih atas doa dan keprihatinan semua. Saya amat menghargai semua sokongan yang diberikan," katanya.
Terdahulu penyanyi itu mengumumkan di Instagramnya dia dimasukkan ke hospital kelmarin untuk menjalani rawatan selama beberapa hari.
Afieq turut meminta semua mendoakan kesihatannya kembali baik selepas memuatnaik fotonya baru selesai menjalani pembedahan.
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment