07 October 2018

"BUKAN HAK SAYA, BUAT APA NAK JAGA" - ADAM SHAHZ


"Saya ada kaitan dengan dia dan anaknya sebelum perceraian sahaja. Selepas itu, bagi saya tak ada apa-apa dan saya tak nak ambil tahu. Anak perempuan saya selalu ambil untuk jaga dan memang anak saya seorang itu sahaja.





"Yang bukan hak saya, buat apa saya nak jaga. Bagi saya, yang bukan hak, kita kembalikan semula hak tersebut," kata pelakon Adam Shahz yang tidak mahu mengambil tahu mengenai anak lelaki bekas isterinya, pelakon Fatin Afeefa kerana beranggapan kanak-kanak itu bukan darah dagingnya.

Adam berkata hubungannya dengan anak sulung Fatin, Adam Aisy Arrian, 6, itu hanya ketika mereka masih lagi suami dan isteri. Bagi Adam, selepas perceraian tanggungjawab dia terhadap anak perempuannya, Ivy Herra Sophia yang kini berusia tiga tahun sahaja.

Pelakon 'Juvana' ini diminta mengulas mengenai kenyataan Fatin yang mendedahkan Arrian adalah anak daripada hasil perkahwinan pertama pelakon wanita itu.

Fatin mendedahkan perkara tersebut selepas netizen mempersoalkan usia Arrian tidak sama dengan tahun perkahwinannya dengan Adam.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, Adam pernah menjelaskan bahawa Arrian adalah anak angkat dan bukan anak kandungnya. Dalam pada itu, Adam enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan atau pergaduhan antara dua pihak.

"Sebenarnya saya tak nak komen apa-apa mengenai perkara itu. Kalau dia sendiri dah kata begitu, betul la kut. Bagi saya, biarlah ianya menjadi rahsia sepanjang saya bersama dia.

"Saya tak bagi kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan lagi. Takut nanti kenyataan saya itu boleh mendatangkan pergaduhan antara dua belah pihak," ujarnya yang memberitahu yang dia akan menjaga anak perempuannya itu di waktu cuti.

Adam berkahwin dengan Fatin atau nama penuhnya Fatin Nur Afifah Shamsudin pada 21 Disember 2013 namun kedua-duanya mengambil keputusan untuk berpisah pada 30 Mei tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: