24 October 2018

BERDEPAN RISIKO LUMPUH - ELYANA PERTAMA KALI RADIOTERAPI


Penyanyi Elyana memberitahu doktor memaklumkan barah limfoma yang dihidapi itu sudah dikesan di sekitar saraf tunjangnya dan buat pertama kali dia bakal menjalani rawatan radioterapi di sebuah hospital di ibu negara bermula pada Rabu.





"Doktor sudah berjumpa saya dan sekejap lagi saya akan mulakan sesi rawatan radioterapi. Ini kali pertama saya menjalani rawatan ini, tak pernah lagi sebab selama ini saya hanya buat kemoterapi.

"Doktor cakap saya punya lymph nodes dah ada kat saraf tunjang, kalau saya tak buat apa-apa boleh menyebabkan lumpuh," katanya yang bakal menjalani 10 kali sesi rawatan itu.

Sebelum ini, Elyana mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan dia menghidap kanser tahap empat ketika membuat ucapan selepas tersingkir daripada meneruskan pertandingan program Gegar Vaganza tahun lalu.

Klik untuk gambar besar


Penyanyi lagu 'Tak Tercapai Akalmu' ini berkata, dia disahkan menghidap kanser limfoma sejak tujuh tahun lalu dan pernah menjalani kemoterapi antara 5 hingga 7 kali sejak 2014.

Radioterapi atau terapi sinaran ialah satu kaedah perubatan untuk merawat dan mengawal sel-sel barah. Dalam pada itu, Elyana turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan kesihatannya.

"Ramai yang mesej bagi doa semangat, terima kasih banyak kepada semua, walau tak dapat balas satu-satu tapi saya baca semua.



"Ada pesakit kronik yang mesej, saya selalu bagi semangat. Alhamdullilah, saya happy sangat sebab saya fikir dalam tak langsung saya bermanfaat untuk orang lain," ujarnya.

Menurut pembantunya, Khairul Hussin, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 31, mula mengalami sakit belakang sejak seminggu lalu sehingga membuatkan dirinya sukar untuk berjalan.

Namun sebelum merujuk ke hospital, Elyana ada berusaha dengan cara tradisional iaitu berurut selain mengambil ubat tetapi sakitnya tidak surut malah menjadi lebih teruk.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: