"Alhamdullillah Ya Allah beri satu lagi kebahagiaan buat mumy apabila anak sulung mumy di Anugerahkan Satu lagi Ijazah #Bachelor of Multimedia Technology (Hons) in Interactive Multimedia Design #unikl #picc

"Tahniah kakak @niyardzn mumy bangga ngan kakak, semuga kejayaan kakak membawa inspirasi buat adk2 semua.. Sayang kakak till jannah, mumy akan sentiasa mendoakan kakak & family 😘❤️," tulis pelakon Didie Alias di laman Instagram.
Didie telah berkongsi sebuah video anaknya, Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Teknologi Multimedia dalam Reka Bentuk Multimedia Interaktif di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Menerusi kapsyen, Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali telah melahirkan rasa bersyukur dengan kebahagiaan yang telah diberi.
Rata-rata pengikut Didie memberikan ucapan tahniah kepada Dhaniyah kerana berjaya mencapai cita-citanya di usia muda.
Klik untuk gambar besar

Selain ucapan tahniah, netizen juga memuji cara Didie membesarkan anak-anaknya serta mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.
Terdahulu, Didie pernah berkahwin dengan pelakon Ridzuan Hashim pada tahun 1992 dan bercerai pada 2002.
Perkahwinan tersebut telah dikurniakan lima cahaya mata, Nur Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayani.
Sementara menerusi perkahwinan kedua, Didie bernikah dengan Norisham Ismail pada tahun 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Dayyan.
VIDEO ANAK DIDIE TERIMA IJAZAH SARJANA MUDA
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Didie Alias
________________________

No comments:
Post a Comment