Menerusi laman Instagram, pelakon Fasha Sandha telah berkongsi sebuah video mendukung dua orang anaknya ketika berada di sebuah stesen kereta api.

Ekoran perkara tersebut, terdapat segelintir netizen mengkritik tindakan Fasha di ruangan komen. Menurut mereka, Fasha tidak menitikberatkan aspek keselamatan anaknya.
"Anak-anak dah besar, biarlah mereka berjalan sendiri. Mereka kelihatan tidak selesa, atau mungkin awak dukung sekejap untuk 'record' video ini?" tulis netizen.
Klik untuk gambar besar

Tidak mendiamkan diri, pelakon 'Lara Aishah' dan 'Syurga Yang Kedua' itu telah membalas komen tersebut.
"Suka hati aku lah, anak aku, jaga anak-anak kau sudah, ini anak yang keluar dari perut aku, aku tau baik buruknya," tulisnya.
Selain itu, Fasha turut menjelaskan keadaan itu berlaku disebabkan dia sedang mengejar masa dan kedua-dua anaknya mahu didukung serentak pada masa yang sama.

www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Fasha Sandha
________________________

No comments:
Post a Comment