19 October 2018

GV5: BAKAL BERDUET DENGAN HETTY - ZARUL ALAMI RETAK TULANG KAKI


"Setiap yg berlaku ada hikmahnya ... take a deep breath....show must go on #gegarvaganza2018#cekelathoney #retaktulangkaki#zarulhusin #zarulumbrella," demikin tulis bekas vokalis kumpulan Umbrella, Zarul Husin yang mengalami retak tulang jari kelingking kaki kanan.





Zarul yang berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya itu memberitahu apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan memberi bayangan persembahannya bersama Hetty Sarlene dalam Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5) pada Ahad ini harus diteruskan.

Bintang Gegar Vaganza musim ke-3 (GV3) ini dan Hetty bakal berduet di konsert keempat GV5 dengan membawakan lagu 'Aku Cinta Aku Rindu'.

Sementara itu, menerusi laporan Harian Metro, Zarul memberitahu kakinya cedera sewaktu menjayakan babak lakonan menerusi drama terbarunya berjudul 'Cokelat, Honey dan Red Velvet', kelmarin.

Klik untuk gambar besar


Menceritakan insiden berlaku, Zarul berkata dia perlu membawa motosikal dalam babak dijalankan itu.

"Bagaimanapun, sewaktu mahu mengelak sesuatu, motosikal digunakan tidak dapat dikawal dan hampir rebah. Saya cuba menyelamatkan motosikal dengan menampungnya menggunakan kaki," katanya.

Zarul berkata, dia tidak merasai sebarang kesakitan sehinggalah setengah jam selepas itu apabila kakinya membengkak.



"Saya ingat kaki hanya terseliuh. Bagaimanapun apabila bengkak membesar dan semakin sakit, saya terus ke hospital selepas penggambaran selesai," jelasnya.

Selepas ujian imbasan Sinar-X, doktor mengesahkan tulang jari kelingking kakinya retak dan perlu menggunakan besi pendakap. Zarul berkata kecederaan itu membuatkan tumpuannya terhadap kerja terganggu.

"Minggu ini saya akan membuat kemunculan di Gegar Vaganza musim ke-4 dan perlu berduet dengan Hetty Sarlene.

"Penggambaran drama itu bagaimanapun perlu diteruskan. Saya tidak tahu bagaimana penggambaran dapat dilakukan kerana pendakap ini membuatkan saya bergerak tidak sempurna," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: