19 October 2018

CARIAN NAMA DI 'GOOGLE' - AMELINA TERTEKAN, ANAK JADI MANGSA


Mendedahkan dia akan lebih tertekan setiap kali membuat carian namanya di Internet, penyanyi dangdut Amelina, 44, berkata anak-anaknya juga ada melakukan perkara yang sama namun lebih teruk apabila rakan sekolah mereka menjadikan kisah silam dirinya sebagai bahan untuk mengumpat.





"Kalau (cari nama di) Google nama Kak Long (Amelina), yang keluar pada carian itu semuanya kisah #throwback dan cerita silam Kak Long 'hilang' meninggalkan dunia seni.

"Selebihnya banyak mengenai cinta dengan seorang lagi 'Raja Dangdut' (penyanyi Iwan) ketika itu. Kadang-kadang tertekan pula bila Google nama sendiri.

"Tak pun kalau anak-anak sibuk Google dan lepas tu tertanya kat Kak Long. Lebih parah kalau kawan sekolah mereka yang Google dan kemudian 'membawang' pasal Kak Long.

Klik untuk gambar besar


"Aduhhh tertekan!" tulis pemilik nama Nurazlina Amir Sharifuddin ini menerusi laman Instagram miliknya pada Khamis.

Sebelum ini, Amelina menghilangkan diri daripada industri seni selama 15 tahun dan kembali muncul pada awal tahun ini.

Manakala kisah cinta antara peserta program Gegar Vaganza 5 (GV5) ini dengan raja dangdut iaitu Iwan pernah menjadi bualan hangat pada tahun 90-an.

Dalam pada itu, Amelina berasa bertuah kerana mempunyai anak-anak yang memahami dan sentiasa bijak dalam berfikir.



Penyanyi lagu 'Asyik' ini turut bertanya kepada pengikut di laman sosial adakah mereka juga berhadapan dengan tekanan selepas membuat carian nama sendiri di Internet.

"Tapi nasib baik anak-anak semua faham dan sentiasa bijak berfikir secara logik. Jadi, Kak Long tak ada la pening sangat nak melayan sebarang soalan.

"Korang ada ke google nama sendiri dan tertekan selepas itu?" katanya yang mengalami masalah kesihatan pada konsert ketiga GV5 disebabkan menghadapi tekanan.

Menerusi laporan mStar Online pada Isnin lalu, Amelina mengakui dia berhadapan dengan tekanan ketika konsert ketiga GV5 baru-baru ini disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: