"Memang ada reaksi daripada dia. Saya panggil namanya dan dia boleh memalingkan muka ke arah saya. Namun dia belum mampu untuk buka mata mungkin kerana belum ada kekuatan.

"Abang Pian juga sudah ada pergerakan di bahagian kepalanya. Boleh dikatakan dia sedar dan boleh menggerakkan kakinya. Hari ini doktor memberikan dia minum susu menggunakan tiub.
"Saya diberitahu doktor akan terus memantau keadaannya sehingga esok dan sekiranya memuaskan, mereka akan menanggalkan tiub bantuan pernafasan agar dia dapat bernafas secara normal," kata adik kepada pelawak dan pengacara Pian Cecupak iaitu Hassenah Abdul Raman, 43, berhubung keadaan abangnya.
Klik untuk gambar besar

Hassenah berkata, Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Raman, 48, mampu memberikan tindak balas apabila namanya dipanggil
Pian mula menunjukkan perubahan positif selepas dua hari menerima rawatan di Wad Pemulihan Jantung (CRW) Hospital Kuala Lumpur (HKL), dengan memberi reaksi apabila namanya dipanggil.
Pian dikejarkan ke HKL semalam selepas mengalami kesukaran bernafas. Bagaimanapun pemeriksaan doktor selepas itu mengesahkan dia mengalami serangan jantung.
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________

No comments:
Post a Comment