27 October 2018

ISTERI SELAMAT BERSALIN - TAUKE TIMANG 'BABY GIRL'


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelawak terkenal, Tauke apabila isterinya, Nadia Mohd Affandi selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka, perempuan tepat jam 8.28 malam semalam di Hospital Serdang.





Tauke berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagram peribadinya dengan memuatnaik video pendek wajah puteri sulung kesayangannya kira-kira sejam lalu.

"Alhamdullilah syukur kehadrat Allah SWT.. isteri @nadiayaya6 selamat melahirkan anak perempuan... hospital serdang tepat 8.28 malam… Terima kasih kepada yang mendoakan... #syukur," tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan agar ibu serta bayi yang dilahirkan akan diberi kesihatan yang baik.

Terdahulu, Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria memiliki enam anak berusia antara lapan hingga 16 tahun hasil perkahwinan sebelum ini.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Tauke


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: