05 October 2018

ISU DADAH - INTAN NAJUWA NAFI TERLIBAT, PERJELAS SITUASI


Pelakon Intan Najuwa yang mula dikenali menerusi drama bersiri 'Kekasih Paksa Rela' itu mengakui terkejut apabila dimaklumkan namanya tersenarai sebagai saksi dikehendaki bagi prosiding berkaitan kes dadah





Pun begitu, Najuwa akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis selepas namanya tersenarai sebagai orang dikehendaki polis kerana sudah menerima notis untuk hadir ke mahkamah di Shah Alam.

"Saya sudah menerima notis untuk hadir ke mahkamah dan saya akan beri kerjasama sepenuhnya seperti diminta," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Bagaimana pun, Najuwa menjelaskan dia tidak terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah seperti disangka sebaliknya hanya diminta tampil sebagai saksi bagi membantu siasatan polis.

Klik untuk gambar besar


Kata Intan, kes itu sebenarnya sudah lama berlaku iaitu kira-kira tiga tahun lalu namun perbicaraan masih lagi berlangsung.

"Tidak... Saya tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah hanya diminta tampil sebagai saksi sahaja. Kalau betul saya ada terlibat dengan salah guna barang terlarang itu, saya mungkin tiada dalam industri sekarang," jelasnya.

Terdahulu, The Star melaporkan tiga saksi termasuk seorang aktres dikehendaki pihak polis. Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dalam kenyataan media memaklumkan ketiga-tiga mereka dikehendaki hadir ke Mahkamah Shah Alam pada 8 hingga 10 Oktober ini.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: