29 October 2018

ISU ZAMANI DAPAT IMUNITI GV5: "TAK ADIL" - FARAHDHIYA


"Tapi ini adalah pertandingan, ia tidak adil kepada peserta yang lain melakukan persembahan dengan baik. Seseorang mesti dikeluarkan sebab ini pertandingan.





"Mereka perlu berlaku adil kepada peserta yang melakukan yang terbaik," kata penyanyi Farahdhiya, 34, yang tak bersetuju dan menganggap ia tidak adil bagi peserta lain yang telah membuat persembahan terbaik..

Minggu kelima konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang berlangsung pada malam Ahad lalu itu menyaksikan penyanyi Zamani diselamatkan daripada penyingkiran.

Keputusan penaja utama program tersebut, Datuk Seri Aliff Syukri menggunakan imuniti untuk Zamani kekal pada minggu hadapan menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Rata-rata netizen bersetuju Aliff menggunakan peluang tersebut untuk membolehkan Zamani terus bertanding selepas mengalami masalah peti suara pada malam itu.

Klik untuk gambar besar


Farahdhiya atau nama penuhnya Farahdhiya Mohamed Amin memberi kenyataan itu selepas seorang netizen di laman Twitter memuatnaik status mengharapkan tiada penyingkiran pada konsert itu.

Dalam persaingan minggu kelima GV5 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Zamani gagal membuat persembahan kerana peti suaranya koyak.

Biarpun penyanyi lagu 'Gerimis Mengundang' itu tidak dapat meneruskan persembahannya namun peminat memberi sokongan dengan menyanyikan lagu tersebut sehingga tamat.

Namun, Farahdhiya turut memahami apa yang dilalui Zamani memandangkan dia juga pernah mengalami masalah kehilangan suara ketika menyertai GV musim kedua.

Menurutnya, dia pernah meluahkan rasa ingin berhenti daripada meneruskan persembahan namun juri tetap, Datuk Ramli MS tidak membenarkannya.



Faradhiya juga mendoakan agar Zamani cepat sembuh daripada penyakitnya dan memuji keberanian penyanyi itu tampil di pentas biarpun tidak dapat membuat persembahan.

Sementara itu, ada netizen mempersoalkan semula rezeki Farahdhiya yang berjaya ke peringkat akhir GV musim kedua biarpun pada minggu separuh akhir itu dia tidak melakukan persembahan dengan baik disebabkan tidak sihat.

Menurut penyanyi lagu 'Bertahta Di Hati' ini, keadaan kesihatannya ketika itu bukan dibuat-buat dan sudah menjadi rezeki apabila juri profesional memilihnya untuk ke peringkat seterusnya.

"Sakit betul dan alasan adalah dua benda yang berbeza ya. Saya sakit bukan dibuat-buat. Dan saya berada tangga kedua di bawah tapi rezeki juri pilih untuk ke peringkat akhir.

"Jadi, jangan persoalkan rezeki orang, jangan ada busuk hati. Untuk pengetahuan anda, di GV ada juri profesional yang menilai dari semua segi," tuturnya.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: