29 October 2018

"SEKARANG TAK ADA APA" - MIRA ULAS HUBUNGAN DENGAN ZIZAN


"Jadi, orang luar tidak patut lebih tahu daripada saya sendiri. Ini tidak, nampaknya orang luar yang lagi banyak tahu. Padahal, untuk saya selaku empunya diri memang tak tahu apa-apa.





"Namun, mujur keluarga saya faham situasi sebenar," kata pelakon dan pengacara Mira Filzah, 25, yang menegaskan selagi dia atau pun keluarganya tidak membuka mulut berkongsi kisah perkahwinan, bermakna perkara itu tidak betul.

Mira berkata soal membabitkan perkahwinan baginya adalah perkara yang sangat besar dan terlalu peribadi.

Mengulas mengenai sikap keterbukaannya berkongsi cerita peribadi, pengacara 'Nona' di TV3 ini memberitahu perkara peribadi baginya tetap peribadi.

"Saya hanya sedia untuk berkongsi mengenainya (peribadi) apabila sampai masa dan tidak akan sesekali menyorokkan perkara itu.

Klik untuk gambar besar


"Tapi, apa yang masih lagi bersifatkan peribadi dan sememangnya sulit, saya takkan sewenang-wenangnya nak mendedahkan kepada orang ramai.

"Apa pun kalau betul-betul sudah sah dan sampai masanya, saya pasti akan beritahu. Namun, sekarang memang tidak ada apa-apa," jelasnya.

Sejak beberapa bulan lalu, heboh diperkatakan Mira kini hangat bercinta dengan pelakon dan terkenal, Zizan Razak.

Hingga timbul khabar angin mendakwa pasangan selebriti kesukaan ramai ini sekarang sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka.



Bagaimanapun, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman memberitahu jadual kerjanya sangat padat untuk tahun ini

"Boleh dikatakan sampai sekarang, saya belum ada masa untuk berehat kerana urusan kerja yang banyak.

"Selain mengacarakan 'Nona', saya juga masih menerima tawaran berlakon drama dan akan muncul produk baru untuk slot Akasia," tuturnya.

Mira yang baru-baru ini muncul dengan filem 'Rise Ini Kalilah' lakonannya di pawagam memberitahu drama terbarunya disiarkan TV3 nanti ialah Pujaan Hati Kanda.












www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: