23 October 2018

"KEBANYAKAN 'HATER' INGIN RAIH PERHATIAN" - SITI NORDIANA


Ditanya mengenai sikap segelintir 'haters' yang tidak berhenti mengkritik dirinya, penyanyi Siti Nordiana, 34, berkata komen yang ditulis di Instagram dianggap keterlaluan kerana menyentuh soal peribadi hingga menjatuhkan maruahnya.





Isu itu timbul apabila Siti Nordiana yang mesra disapa Nana menjadi rakan duet pasangan Billy Zulkarnaen pada Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5).

Nana dikatakan gagal memberikan persembahan terbaik hingga mencacatkan persembahan pasangan duo itu menerusi lagu 'Hanya Memuji'.

"Malas nak baca komen negatif. Konsep saya sekarang, ada aku kisah. Selepas menang GV lagi saya sentiasa dihujani komen keterlaluan.

Klik untuk gambar besar


"Tetapi saya diamkan saja dan tidak memberikan sebarang maklum balas. Namun, apabila mereka semakin melampau saya berasakan sudah sampai waktu saya harus tegur tindakan dan budi bahasa mereka.

"Saya juga manusia biasa yang punya hati perasaan serta tahap kesabaran. Bayangkan kalau kakak atau adik mereka diperlakukan seperti saya, apa perasaan mereka?," katanya.

Nana berkata, kebanyakan 'haters' hanya ingin meraih perhatian daripadanya hingga sanggup memperlekehkan orang lain.



"Mereka nak sangat perhatiankan, sekarang saya sudah berikan. Bagi saya, kalau yang komen itu adalah golongan profesional, saya boleh terima sebab boleh ambil ilmu.

"Tetapi ini tidak. Apa yang dikomen sengaja nak menyakitkan hati. Malah apa saya perasan, mereka ini juga daripada orang sama," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nana dipilih menjadi mentor dalam program 'Mentor 7' yang bakal bersiaran pada 4 November ini di TV3.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: