13 October 2018

KECIK ENGGAN DIBANDINGAN - LAN SIFATKAN TINDAKAN BIJAK


"Saya tidak berani untuk mengulas panjang kerana ia ibarat mengganggu 'rumah tangga' orang. Apa yang penting, saya berharap peminat akan terus memberi sokongan terhadap karya kami.





"Apapun, ia langkah baik untuk mereka yang kini memiliki sesuatu untuk terus maju ke depan dan memeriahkan industri hiburan," kata penyanyi Lan Solo yang menyifatkan pemilihan bekas anggota Hyper Act, Mohammad Fauzi Kamarudin atau Kecik, sebagai vokalis baharu Kristal sebagai tindakan tepat dan bijak.

Lan yang menduduki tempat ketiga dalam program Gegar Vaganza musim ke-2 (GV2) itu berkata penyanyi itu mempunyai suara yang mantap.

Justeru, Lan atau nama penuhnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 33, yang pernah bersama Kristal selama 18 tahun berharap peminat terus memberikan sokongan kepada kumpulan terbabit.

Klik untuk gambar besar


Kelmarin, Kristal mengumumkan Kecik sebagai vokalis baharu kumpulan berkenaan kerana yakin dengan bakat dan kesungguhan penyanyi itu.

Lan mengundurkan diri daripada Kristal pada November tahun lalu selepas timbul konflik dalaman membabitkan dirinya dengan anggota kumpulan itu. Kecik pula mengumumkan pengundurannya daripada Hyper Act pada Disember 2016.

Dalam masa sama, Lan berharap kehadiran anggota baharu Kristal akan mencetuskan persaingan sihat dalam industri muzik tempatan.

"Sekarang, masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri. Saya juga mempunyai karier seni sendiri dan semestinya akan fokus pada kerjaya solo," ujarnya yang muncul dengan single pertama, 'Berpisah Tanpa Rela', April lalu.



Sementara itu, Vokalis baharu kumpulan Kristal, Kecik berharap, dirinya diberi peluang untuk membuktikan bakat dan kemampuan sebenarnya tanpa perlu dibandingkan dengan penyanyi asal, Lan Solo.

Kecik atau nama sebenarnya, Mohammad Fauzi Kamarudin, 24, yang sebelum ini bergerak bersama Hyper Act berkata, dia bersetuju menyertai Kristal kerana yakin dengan keupayaan kumpulan itu, selain diberi kelonggaran meneruskan aktiviti nyanyian secara solo.

"Selepas keluar daripada Hyper Act, saya lebih selesa bergerak solo dan tidak mahu lagi menyanyi berkumpulan. Saya bagaimanapun, tertarik bersama Kristal kerana mereka memberi kelonggaran untuk saya meneruskan projek solo.

"Sebelum ini, pergerakan saya agak terbatas dan sukar menerima tawaran persembahan solo kerana terikat dengan kumpulan. Namun, Kristal sedia berbincang dan mereka juga tiada masalah jika saya mahu tampil sendirian," jelasnya.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: