"Pincess admitted again. More than a month dah Chayra batuk and last night dia tak tido langsung. Non-stop batuk n seksa sangat. Kita yg dah besar ni pun batuk seksa, tak selesa. Apa lagi awak baby.

"Daddy tau Chayra penat. Tapi Chayra kuat kan? 😔 We love you #PincessChayra," demikian kata pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni yang berkongsi foto anak keduanya, Chayra Auliya bersama isterinya di hospital.
Menurut Haziq, Chayra dimasukkan ke hospital buat kali kedua kerana menghidap batuk yang teruk tanpa henti hampir sebulan lebih.
Klik untuk gambar besar

Haziq meluahkan rasa sayu apabila anak kecilnya terpaksa menghadapi kesakitan seperti itu. Chayra telah dimasukkan ke KPJ Tawakal Specialist Hospital untuk pemantauan doktor.
Untuk makluman, Haziq dan Putri mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata. Anak sulung pasangan ini bernama Muhamad Heidy Nufael yang kini berusia setahun.



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Haziq Hussni
________________________

No comments:
Post a Comment