09 October 2018

"MEREKA TAK TIDUR MALAM MENGUNDI" - WANY NAFI 'BELI'


"Alhamdulillah kelab peminat saya mempunyai pemikiran ke hadapan. Mereka hanya gunakan pelbagai sumber seperti komputer peribadi yang banyak. Peminat atau pihak pengurusan saya tak keluarkan duit pun untuk membeli undi.





"Kalau beli undi, kenapa mereka tak tidur malam. Baik mereka tidur sahaja. Setiap sejam mereka undi. Sebab itu saya cakap mereka undi sampaikan tak tidur," jelas penyanyi Wany Hasrita yang menegaskan dia dan peminatnya tidak membeli undi semata-mata untuk memenangi Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH31.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, berkata dia melihat sendiri usaha keras peminatnya yang mengundi setiap sejam tanpa tidur.

Kemenangan Wany itu telah mengejutkan ramai pihak dan ada di antara mereka seakan tidak percaya bagaimana seorang bintang muda yang baru sahaja ingin menapak dalam bidang hiburan boleh dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 31.

Klik untuk gambar besar


Malah, jumlah undian beliau pula mengatasi juara-juara terdahulu contohnya Neelofa pada ABPBH 29 hanya memperolehi 212,829. Dek kerana itu mula timbul beberapa khabar angin kurang enak dimana Wany ditaja oleh VVIP dan membeli undi.

Tambah Wany lagi, beliau tidak berasa tahun ini merupakan tahun bertuah buatnya namun kemenangan anugerah semalam membutkikan penat lelah kelab peminatnya bersengkang mata untuknya berbaloi.

Tahniah diucapkan buat Wany atas anugerah yang dimenangi. Biasalah adat pertandingan ada kalah dan menang, ada yang berpuas hati dan ada yang tidak. Bertuah Wany punya kelab peminat yang rajin mengundi!








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: