10 October 2018

NATASHA HUDSON SAHKAN BERCERAI KALI KETIGA


Bagi menjawab tanda tanya, pelakon Natasha Hudson telah tampil mengesahkan bahawa dirinya kini kembali solo selepas perkahwinan kali ketiganya berakhir dengan penceraian.





Menurut Natasha, dia dan penyanyi dan komposer muzik, Carleed Khaza atau Khalid Kamal yang berkahwin pada April 2012 dan dua cahaya mata (Naeema Kalila dan Faatimah) itu sudah bercerai secara baik pada tahun ini.

Desas-desus penceraian ini telah tersebar selepas Natasha memuatnaik satu status pada 25 September lalu yang memaklumkan dirinya sudah kembali sendiri. Mengesahkan desas-desus tersebut, Natasha Hudson berkata:-

Klik untuk gambar besar


"Saya sudah bergelar solo dan kami berpisah secara baik. Maaf, buat masa ini, saya tidak dapat mengulas lebih terperinci mengenai perpisahan kami. Saya harap semua pihak beri saya dan keluarga ruang untuk menyelesaikan perkara berkaitan terlebih dahulu.

"Saya berada dalam keadaan baik dan hidup perlu diteruskan bersama anak-anak seperti biasa. Saya percaya Allah SWT lebih mengetahui dan sebaik-baik perancang," katanya yang memiliki seorang anak, Neesa Helena menerusi perkahwinan terdahulu.

Semoga Natasha Hudson tabah menghadapi dugaan dan cabaran ini. Perkara yang paling penting ialah memastikan anak-anak hasil perkahwinan mendapat kasih sayang yang secukupnya walaupun Natasha dan suami sudah tidak tinggal sebumbung. Sama-sama kita doakan.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: