23 October 2018

NETIZEN PERSOAL 'TATU' - AEDY ASHRAF TUTUP KOMEN


Menerusi laman Instagram, pelakon Aedy Ashraf telah memuatnaik beberapa foto ketika bercuti di Bali, Indonesia baru-baru ini.





"Dear Bali, you make my heart smile," tulis pelakon drama bersiri 'Cinta Tiada ganti' itu ringkas sebagai kapsyen pada foto tersebut.

Namun begitu, memandangkan Aedy menampakkan bahagian belakang badannya yang 'bertatu', ia telah mengundang tanda tanya di kalangan netizen sama ada 'tatu' tersebut dibuat secara kekal atau palsu untuk sementara waktu.

"Buat tatu ke Aedy?" - "Tatu betul atau palsu?" - "Kau ada tatu ke?," tulis netizen.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, ada juga netizen yang tidak mempertikaikan tentang 'tatu' tersebut sebaliknya mengatakan ia adalah urusan peribadi Aedy, tidak perlu dicampur tangan oleh orang lain.

Bagaimanapun, Aedy memilih untuk menutup ruangan komen dan mengekalkan entri tersebut di akaun Intagramnya.

Dalam perkembangan lain, Aedy merupakan salah seorang pelakon yang membintangi filem 'Gol & Gincu 2' (GG2).






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Aedy Ashraf


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: