Hubunganya bersama rakan artis Uqasha Senrose, pelakon Ben Amir mengakui ketika ini, hanyalah sekadar teman sahaja.

Tidak mahu mengklasifikasikan hubungan mereka sesuatu ketika dahulu sebagai pasangan kekasih, bekas finalis 'Hero Remaja' ini bagaimanapun mengakui cuba mengenal hati budi pelakon berkenaan.
Cuma buat masa ini, pelakon drama 'Cinta Tiada Ganti' itu berkata mereka lebih selesa untuk menjadi kawan sahaja.
"Kita orang kawan macam biasa, masih lagi berkawan," katanya ringkas apabila ditanya mengenai sejauh mana hubungan di antara mereka setakat ini.
Ditanya mengenai kedua-duanya kian kurang memuatnaik gambar bersama di media sosial, pelakon Cinta Tiada Ganti ini tidak menafikan perkara tersebut.
Klik untuk gambar besar

"Memang kawan sahaja. Terus Terang dulu kami pun tidaklah cakap nak bercinta cuma selesa berkawan. Kiranya ketika dalam proses mengenal hati budi itu. rasanya kami lebih sesuai untuk berkawan.
"Saya okay saja memandangkan hubungan kami pun masih lagi baik," jelas ketika ditemui media di set penggambaran drama arahan Michael Ang berjudul 'Dua', yang bakal ditayangkan menerusi portal Astro Gempak tidak lama lagi.
Spekulasi mengenai wujudnya hubungan cinta di antara pasangan selebriti ini mulai tercetus apabila masing-masing memuatnaik gambar berdua saat bercuti bersama rakan sekitar Ogos lalu.
Dalam drama 'Dua' yang hanya empat episod itu, Ben memegang watak sebagai Daniel iaitu seorang pereka fesyen dan adik kepada Scha Alyahya. Turut sama terlibat di dalam drama web berkenaan ialah Sharifah Sakinah dan Sweet Qismina.



www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan
________________________

No comments:
Post a Comment