"Correction: its Ijazah Sarjana (Master), bukan Ijazah Sarjana Muda. But thank you, @bharianmy 🌹," demikian tulis penyanyi Sufian Suhaimi di laman Twitter miliknya tetap berterima kasih kepada akhbar tersebut kerana telah melaporkan tentang kejayaannya itu.

Semalam Sufian ada berkongsi gambar majlis konvekesyennya selepas berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang Ijazah Sarjana Komunikasi dan Media di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam menerusi laman Instagramnya.
Pencapaian membanggakan itu telah menarik perhatian ramai termasuklah pihak media. Bagaimanapun, Sufian dilihat sedikit kesal dengan tindakan sebuah akhbar tempatan yang tersilap mengumumkan tahap pengajiannya itu.
Klik untuk gambar besar

Namun, teguran penyanyi lagu 'Di Matamu' itu nyata tidak disenangi sengelintir pihak yang melabel Sufian seperti 'berlagak'.
Dalam pada itu, terdapat juga sengelintir pihak yang tampil mempertahankan tindakan Sufian dengan menyifatkan tahap pendidikan itu adalah penting kerana ia merupakan hasil usaha mereka sepanjang menghabiskan pengajian di universiti.

www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan / Twitter & Instagram Sufian Suhaimi
________________________

No comments:
Post a Comment