22 October 2018

JANGKITAN BAKTERIA: "DIA OKAY, INSYA-ALLAH AAISYAH KUAT" - ZAIN


Puteri kesayangan pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana yang selama empat tahun dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh dan jarang jatuh sakit itu telah dimasukkan ke sebuah hospital di Damansara, Petaling Jaya, selepas dipercayai terkena jangkitan kuman.





"Sudah seminggu Aaisyah demam. Kami difahamkan, ada bakteria dalam darahnya. Doktor terpaksa memasang tiub untuk memudahkan proses memasukkan ubat agar cepat sembuh.

"Dia okay... InsyaAllah Aaisyah kuat," kata Zain Saidin yang memaklumkan keadaan Aaisyah bagaimanapun stabil.

Sementara itu, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta itu memberitahu, anak perempuannya itu perlu berehat secukupnya.

Klik untuk gambar besar


"Tengok wajah dan keadaannya memang jadi kasihan. Ini kerana dia jarang ditimpa sakit apatah lagi dimasukkan ke hospital. Memang Aaisyah kena rehat," ujar Che Ta.

Kisah Aaisyah dimasukkan ke hospital turut dikongsi melalui Instagram si cilik itu yang mempunyai lebih sejuta pengikut. Keterangan pada entri itu berbunyi:

"Dah nk dekat 4 thn, 1st time aaisyah demam dan warded.. doa kan aaisyah cepat sembuh ok 😘. #aaisyahdhiarana #20oct2018 #kpjdamansara," tulisnya.










www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: