22 October 2018

PAKAIAN DI TOKYO: "TUNTUTAN KERJA, BUKAN SUKA-SUKA" - ZAHIRAH


Baru-baru ini, pelakon Zahirah MacWilson, 23, telah berkongsi gambar memakai skirt singkat metalik dan blaus lengan panjang merah jambu ketika berada di Tokyo, Jepun di akaun Instagram miliknya.





Jelas pelakon drama 'Tak Ada Cinta Sepertimu' itu mengenai isu pakaiannya dikatakan mencolok mata, ia adalah tuntutan kerja dan bukan dia suka-suka ingin memakai pakaian terbabit.

Menurut Zahirah, penampilan itu adalah fesyen 'Harajuku' yang terkenal di negara matahari terbit tersebut.

"Saya bukan saja-saja pakai macam tu tetapi untuk kerja. Pakaian itu disediakan team Air Asia X sempena kunjungan saya ke Tokyo.

"Saya cuma memenuhi tuntutan kerja dan bukan berpakaian seperti itu kerana suka-suka," katanya yang kali pertama jejak kaki ke Tokyo.

Klik untuk gambar besar


Pelakon 'Jangan Benci Cintaku' itu berkata sudah menjangka penampilannya akan menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen.

"Saya sedar isu pemakaian menampakkan paha, tidak berlengan dan seksi sensitif di Malaysia. Namun, saya melakukanya kerana kerja.

"Begitu juga apabila berlakon, ada babak yang saya perlu menjadi gadis suka berparti, berpakaian seksi dan antagonis," ujarnya.

Kata Zahirah lagi, ada netizen salah anggap gambar terbabit dan mula membuat fitnah dengan melemparkan pelbagai komen negatif: "Malah, ada blog turut mendakwa saya ke Tokyo untuk bercuti".








www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: