21 October 2018

"SANGAT GEMBIRA" - SUFIAN PEGANG IJAZAH SARJANA MUDA


Selepas beberapa tahun menjalani pengajian, penyanyi Sufian Suhaimi bersyukur akhirnya memegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.





Sufian, 26, berkata kejayaan itu berkat doa serta sokongan ibu bapanya yang menjadi sumber kekuatannya menghabiskan pengajian meskipun berdepan banyak ujian hidup.

"Saya memang sangat gembira dengan pencapaian ini. Sejujurnya bukan mudah dan syukur segala peperiksaan serta tesis berjaya saya laksanakan dengan baik.

"Kejayaan ini tidak akan berlaku tanpa sokongan daripada keluarga dan saya ingin dedikasikannya buat ibu bapa saya. Merekalah yang membuatkan saya lebih bersemangat untuk habiskan pengajian.

Klik untuk gambar besar


"Saya terharu apabila mendapat tepukan gemuruh dalam dewan sewaktu menerima skrol. Meskipun saya tidak mencapai anugerah cemerlang namun sokongan diberikan sangat luar biasa," katanya menghadiri upacara konvokesyen di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam, hari ini.

Sufian yang popular dengan lagu 'Di Matamu' itu bagaimanapun memutuskan untuk tidak menyambung pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) dalam masa terdekat.

"Sebenarnya saya ada dapat tawaran daripada beberapa universiti untuk menyambung PhD. Bagaimanapun, saya tidak berhasrat untuk berbuat demikian dalam masa terdekat.

"Pengajian di peringkat itu bukan sesuatu yang mudah. Saya tidak mahulah nanti tidak memberikan komitmen serta keputusan yang terbaik jika tergesa-gesa menerima tawaran itu.



"Lagipun saya sendiri merancang untuk fokuskan kepada rencana seni untuk tahun ini sehingga tahun depan. Banyak projek seni yang saya kena laksanakan dalam masa terdekat," ujarnya.

Sementara itu, Sufian teruja apabila lagunya 'Di Matamu 2.0' bakal dilancarkan tidak lama lagi sebagai kepada lagu 'Di Matamu' yang mendapat sambutan luar biasa itu.

"Bulan depan, saya akan lancarkan lagu 'Di Matamu 2.0' sebagai kesinambungan lagu terdahulu. Selain itu, saya juga bakal tampil dengan lagu duet bersama penyanyi wanita yang masih dalam perbincangan.

"Manakala, awal tahun depan juga saya akan melancarkan single baru hasil tulisan sendiri," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: